Penglibatan dalam politik Badhrulhisham Abdul Aziz

Badhrulhisham pada awal penglibatannya dalam politik, telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia dan pernah menyertai kepimpinan Pemuda PAS di Telok Kemang (sekarang Port Dickson) pada 2001[5]. Beliau menyertai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 dan menjadi perancang utama[6] penyertaan parti itu dalam pilihan raya tersebut. Badhrulhisham kemudiannya dilantik menjadi Presiden BERJASA bagi sesi 2019-2020 dalam Mesyuarat Agung Tahunan BERJASA yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur[7]